Tuesday, April 21, 2015

kenapa perlu makanan segera??







-->
Isu makanan segera bukanlah isu baru bagi masyarakat Malaysia. Pengharaman pengiklanan terhadap makanan tersebut pada satu ketika dulu mendapat kritikan dan tentangan yang hebat daripada pelbagai pihak. Walaupun pada hakikatnya perkara tersebut merupakan satu langkah yang wajar demi kebaikan semua pihak. Sesetengah pihak tidak dapat menerima alasan pengharaman iklan makanan segera kerana bagi mereka tidak semua makanan segera memberi impak buruk khususnya dari segi kesihatan penggemar makanan segera.
Berdasarkan kajian sesetengah pihak, kecenderungan sesetengah masyarakat mengambil makanan segera kerana jadual kerja yang padat. Alasan ini digunakan oleh sesetengah individu untuk memilih makanan segera sebagai pelengkap di meja makan sama ada untuk makan di siang hari mahupun di malam hari. Di tambah lagi dengan kesibukan khususnya warga kota yang bertugus-lumus mencari rezeki, mengejar kerjaya dan populariti menyebabkan tidak ada masa untuk meyediakan hidangan yang lebih berkhasiat di rumah. Apabila telah lewat tiba di rumah akibat terperangkap dengan kesesakan jalan raya dan penat bekerja di pejabat menjadi pendorong dan penyebab kepada sesetengah masyarakat lebih selesa memesan sahaja makanan-makanan segera yang amat mudah didapati sekarang. Bak kata pepatah asal ada duit semua kerja jadi. Kewujudan warung makanan segera, pasar malam dan tidak kurang juga tempat yang lebih ekseklusif seperti Pizza Hut, Mc Donald dan banyak lagi memudahkan kerja-kerja mereka ini untuk menempah makanan segera.
Kelazatan makanan segera yang tiada tandingannya mendorong sesetengah masyarakat terpikat untuk menikmatinya dengan kadar yang sekerap mungkin selagi perut masih mampu menampung isinya. Golongan kanak-kanak dan remaja lebih mudah terdedah dengan situasi sebegini walaupun tidak dinafikan golongan dewasa juga tidak ketinggalan. Makanan ringan seperti snek keropok,ais krim, mee segera dan lain-lain yang tergolong dalam makanan segera mengandungi pewarna tiruan dan perisa tambahan yang boleh memudaratkan kesihatan jika diambil berlebihan dan berterusan. Selain itu, contohnya minuman coca-cola yang mengandungi 14 sudu teh gula,pewarna kimia dan kafein bagi setiap botol sangat memudaratkan kesihatan dan boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit seperti kencing manis dan sebagainya.
Tambahan pula, produk-produk makanan segera yang wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan merancakkan lagi masyarakat untuk memilih makanan segera sebagai penjamu selera. Pelbagai jenis makanan segera telah diilhamkan oleh pengeluar melalui berbagai bentuk dan rupa yang dapat menarik perhatian masyarakat untuk membelinya. Sebagai contoh produk mee segera yang semakin banyak rupa dan perisa turut dijual di pasaran sama ada produk tempatan mahupun luar negara dengan harga yang murah serta mudah didapati. Pengeluaran dan penjualan produk makanan segera harus dihadkan dan dipantau oleh pihak yang berkenaan. Walaupun sudah terang makanan segera tidak banyak mendatangkan kebaikan khususnya dari segi kesihatan namun masih ada masyarakat yang tidak mengendahkannya.
...sekadar bicara...


Friday, January 3, 2014

as salam.....

2 rabiulawal 1435H bersamaan 3 januari 2014..
 wahhhh dah 2014 rupanya
'selamat tahun baru 2014'
tahun baru soalan glamorr 'apa azam tahun baru anda?'mengikut versi n loghat masing2...
2013 telah menjadi sejarah...
ada pahit ada manis...apa yg perlu dilakukan terus lah berjalan di bumi Allah swt selagi nafas masih ada...semoga menjadi yang lebih baik dari yang baik..putus asa? ohh jgn sesekali..(peringatan utuk diri sendiri)..
jommm bersama sama tingkatkan amalan baik lagi mulia di tahun 2014 bersamaan 1435H
"tidak awal dan tidak lambat sesaat jika ajal datang menjemput"

...sekadar coretan... :))

 

Wednesday, November 28, 2012

masih diSini

lama sudah tidak ku coretkan madah madah indah disini
hari ini terasa jari jemari bagai meminta minta untuk menari di atas keyboard
bagi mencoret sepatah dua kata di blog ini
hari ini tiada topik khas,serius,atau seangkatan dengan nya dapatku lakarkan
hanya sekadar membuang rindu di blogku ini
tiada idea idea baru untukku karangkan sebagai sebuah karangan
hanya sekadar madah madah biasa yang tiada makna tersirat mahupun tersirat
sekadar ingin menguji minda sama ada kemahiranku masih seperti dulu ataupun sudah terkubur
seiring waktu berlalu,,,
entah apalah yang kucoretkan
maaf jika ianya langsung tidak bermanfaat
kerna ia
~sekadar bicara kosong~
senyum satu sedekah :)

Thursday, May 5, 2011

budaya gotong-royong,,

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing sinonim dengan budaya gotong-royong. Masyarakat kini dikatakan kurang lagi mengamalkan budaya gotong-royong terutamanya masyarakat yang tinggal di bandar. Budaya gotong-royong ini semakin hari semakin pupus dan lenyap dalam diri masyarakat seolah-olah peredaran zaman telah membawa bersama-sama budaya gotong-royong yang pada asalnya ada dalam diri masyarakat kita. semangat bekerjasama sangat dititikberatkan dalam budaya gotong-royong,namun masih adakah semangat tersebut dalam diri kita hari ini???


Masyarakat luar bandar dikatakan masih mengekalkan dan memelihara budaya gotong-royong dalam diri mereka. Semangat bantu-membantu dan bekerjasama masih utuh dalam diri mereka walaupun zaman berganti zaman, kemodenan di sana sini, kecanggihan teknologi semakin pesat membangun namun semuanya tidak menjejaskan tradisi gotong-royong yang diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang mereka. Semangat dan tradisi inilah yang harus dicontohi dan diteladani oleh generasi masa kini khusunya masyarakat bandar. Tambahan pula, hubungan kekeluargaan masyarakat luar bandar sangat kukuh dan akrab membolehkan mereka saling membantu dalam urusan harian mahupun majlis rasmi dan besar-besaran. Misalnya seperti majlis kenduri perkahwinan dan lain-lain. Struktur masyarakat luar bandar yang kebiasaanya anggotanya terdiri daripada ahli keluarga terdekat dan saudara mara sendiri memudahkan urusan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan dikehendaki.


Berlainan dengan masyarakat di bandar yang memntingkan sikap individualistik dan materialistik. Jiran tetangga seolah-olah hanya sebagai hiasan sahaja. Keluar pagi, pulang lewat senja kerana kesibukan mengejar populariti dan mencipta karier tanpa mengambil endah dan bertanya khabar jiran sebelah rumah. Namun tidak semua masyarakat bandar memiliki sikap begini. Terdapat sesetengah di antara mereka masih mengamalkan budaya gotong-royong untuk membersih kawasan tempat tinggal mereka. Walaupun kemungkinan hanya kelompok kecil sahaja yang berbuat demikian, jika disemai dan diamalkan secara berterusan tidak mustahil suatu masa nanti ianya akan menjadi satu kelompok yang besar dan budaya gotong-royong dapat dihidupkan semula dalam kalangan masyarakat kita hari ini.


....sekadar bicara,,,

Monday, April 25, 2011

ke araH buDaya memBaca!!!

tanggal 22 April lalu, pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur telah diadakan di PWTC,Pusat Dagangan Dunia Putrajaya yang berakhir pada 1 Mei nanti ..ini merupakan salah satu galakan kepada masyarakat untuk memupuk minat membaca dalam diri masyarakat. pelbagai aktiviti telah dirancang dan bakal dilaksanakan antaranya adalah seperti pameran buku yang pelbagai, potongan harga buku yang berpatutan.selain itu kursus penulisan turut diadakan bagi mendedahkan tips-tips dan rahsia penulisan yang mantap dan berkesan kepada individu yang berminat dalam bidang penulisan kreatif.
dengan adanya pesta buku sbegini dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali bahan-bahan bacaan yang ada di Malaysia bahkan di seantero dunia. secara tidak langsung menggalakkan sesetengah masyarakat yang kurang gemar membaca,untuk membaca buku walaupun setengah muka surat.
selain itu,dengan adanya perpustakaan bergerak yang diwujudkan oleh badan-badan yang bertanggungjawab dapat membantu memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat khususnya golongan remaja dan dewasa. berkemungkinan ada sesetengah daripada mereka tidak mempunyai masa atau terlalu sibuk dengan bebanan kerja di pejabat,sekolah dan sebagainya berpeluang meminjam buku dari perpustakaan dengan adanya perpustakaan bergerak ini. secara tidak langsung ianya telah membantu meringankan beban mereka untuk ke pergi ke perpustakaan. oleh itu,tiada lagi alasan tiada masa untuk membaca kerana tiada bahan bacaan..

......sekadar bicara.....

Monday, April 4, 2011

,,Budaya membaca,,

Budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia kurang diamalkan dan dititikberatkan. Terdapat sebab mengapa budaya membaca kurang diamalkan di Malaysia.

Budaya membaca dikatakan bukan budaya rakyat Malaysia. Ini disebabkan kesibukan masa yang diperuntukkan untuk bekerja. Kajian menunujukkan sekurang-kurangnya dua jam atau lebih dihabiskan di atas jalan raya untuk pergi ke tempat kerja dan kembali ke rumah. Apabila sampai di rumah, penat dan letih mengambil tempat. Mungkin juga kerana semasa di bangku sekolah, tidak ditekankan kepentingan membaca, kecuali buku-buku teks. Pengaruh ibu bapa atau keluarga yang tidak menitikberatkan budaya membaca berkemungkinan menjadi salah satu faktor kenapa masyarakat kurang minat untuk membaca. Tidak pernah dihadiahkan buku, dan tidak pernah terfikir bahawa buku itu penting dan membaca itu penting. Selain itu, pengaruh media massa yang semakin menjauhkan penontonnya dengan buku, sebaliknya menjadikan artis itu sebagai idola utama mereka. Dengan adanya hiburan yang semakin banyak dan pelbagai masa kini, remaja, kanak-kanak dan orang dewasa lebih memberi perhatian kepada hiburan di kaca tv. Sebagai contoh, rancangan kanak-kanak ‘tom-tom bak’ lebih menarik perhatian kanak-kanak untuk menontonnya berbanding menghadap buku dan memerlukan tenaga untuk membaca setiap patah kata di dalamnya. Dalam hal ini, tiada siapa yang perlu dipersalahkan sebaliknya individu itu sendiri seharusnya bijak menggunakan hiburan yang ada dengan sebaiknya.

Faktor persekitaran atau suasana sekeliling turut memainkan peranan dalam kekurangan rakyat Malaysia untuk mengamalkan budaya membaca dalam diri mereka.Mungkin telah menjadi amalan kita untuk membaca dalam keadaan sunyi. Seperti mana yang seringkali menjadi amalan di dalam sesebuah perpustakaan disuruh diam. Amalan itu tidak salah tetapi kesannya secara tidak sedar kita turut terpengaruh untuk membaca dalam keadaan sunyi. Oleh itu, agak sukar untuk kita membaca di dalam LRT, bas atau di tempat-tempat awam yang bising dan sesak.Malah terdapat segelintir masyarakat mempunyai persepsi bahawa orang yang membaca terutamanya di tempat-tempat awam adalah untuk menunjuk-nunjuk, dan memberikan gambaran ‘negatif’ bahawa pembaca itu ‘ulat buku’ yang tidak boleh dibuat kawan kerana hanya berkepit dengan buku 24 jam. Ulat buku mungkin dianggap antisosial atau antisukan. Persepsi-persepsi sedemikian amat berbahaya kerana ia akan menjauhkan buku dengan masyarakat. Secara tidak langsung masyarakat menjadi malas untuk membaca kerana takut tergolong dalam golongan tersebut di mana mereka akan dilabel sebagai ‘kera sumbang’ dan ‘kaki bangku’. Pemikiran seperti ini seharusnya tidak ada dan tidak perlu ada dalam diri seseorang yang inginkan sebuah kejayaan dan masa depan yang gemilang.

Harga buku.. harga buku yang semakin hari semakin meningkat menjadi faktor masyarakat kurang menbaca. Kos penghantaran dan penyediaan untuk mendapatkan sebuah buku semakin meningkat tambahan lagi masyarakat yang duduk di kawasan pedalaman. Sebagai contoh kawasan Sabah dan Sarawak. Ditambah lagi dengan kos hidup yang saban hari semakin meningkat dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Gaji yang diterima setiap bulan seolah-olah tidak tahu kemana hilangnya apabila telah digunakan untuk melunaskan semua ‘bayaran tertunggak’ dalam setiap bulan.

Membaca tidak penting..sesetengah di antara kita merasakan amalan membaca tidak penting dan tidak perlu kerana ianya membuang masa dan membosankan. Pelbagai alasan akan keluar dari mulut kita apabila hati tidak rela untuk melakukan sesuatu yang tidak berkenan di hati. Denagn kemajuan dan kecanggihan teknologi masa kini, buku-buku yang ada di pasaran hanya dipandang sepi kerana semua maklumat boleh dicari dan didapati di ‘google’. Terdapat juga segelintir masyarakat lebih suka mendengar serta mendapat maklumat daripada orang lain tanpa membaca. Sebagai contoh melalui radio dan cerita dari rakan-rakan sekerja.....

....sekadar bicara...

rujukan : utusan online,,,

,,membaca!!!???

Apakah itu membaca??adakah ianya satu aktiviti yang membosankan?tidak seronok?atau membuang masa?

Membaca tidak semestinya membaca buku-buku ilmiah yang mengandungi segala fakta dan topik yang berat serta serius. Membaca boleh dibahagikan kepada beberapa kategori sepertimana yang biasanya kita lihat dalam perpustakaan atau pusat sumber. Terdapat sudut buku ilmiah,buku cerita, dan sebagainya. Dengan membaca buku cerita,novel,surat khabar,majalah dan sebagainya individu tersebut sudah dikira membaca.

Hanya individu yang dapat menghayati dan tahu akan kebaikan membaca sahaja akan merasa seronok dengan amalan membaca kerana dengan membaca kita akan menjadi individu yang berpengetahuan dan dapat mempersembahkan ketajaman intelek kita.

Melalui pembacaan kita akan dapat mengetahui pengalaman orang lain yang mungkin tidak pernah kita alami sepanjang kehidupan kita. Melalui pembacaan juga kita dapat menggabungkan idea-idea yang bernas dengan pengalaman kita sendiri dan orang lain. Biasanya seseorang individu mempunyai perbezaan dengan individu yang lain apabila mengeluarkan idea atau pendapat. Jika individu tersebut lebih banyak membaca berbanding individu seorang lagi, buah fikirannya akan berbeza. Sudah semestinya buah fikiran individu yang suka membaca itu akan lebih bernas dan masuk akal.

Dalam ajaran Islam sendiri telah terbukti bahawa ayat Al-Quran pertama diturunkan adalah IQRA’ bermaksud bacalah. Seruan membaca bukannya sesuatu yang baru malah sejak awal kejadian manusia telah dititikberatkan dan disemai dalam diri manusia. “Hanya orang yang membaca mampu merubah dunia” (Lord Chesterfield)(buku motivasi 'anda berkarisma apabila..?) Melihat kepada mutiara kata tersebut,sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan membaca sangat penting dalam kehidupan kita. Berdasarkan kajian pula,hampir semua pemimpin dunia yang berjaya masa kini bermula dengan tabiat membaca yang berterusan. Hasil daripada pembacaan tidak terus dapat kita lihat dalam jangka masa pendek kerana ianya mengambil masa untuk melihat hasilnya. Pendek kata amalan membaca perlu dipupuk dalam diri kita bermula dari sekarang. Tiada istilah terlambat dalam menimba ilmu pengetahuan yang berguna. Selagi hayat dikandung badan selagi itulah kita berpeluang untuk mendapat ilmu.

....sekadar bicara...