Tuesday, April 21, 2015

kenapa perlu makanan segera??







-->
Isu makanan segera bukanlah isu baru bagi masyarakat Malaysia. Pengharaman pengiklanan terhadap makanan tersebut pada satu ketika dulu mendapat kritikan dan tentangan yang hebat daripada pelbagai pihak. Walaupun pada hakikatnya perkara tersebut merupakan satu langkah yang wajar demi kebaikan semua pihak. Sesetengah pihak tidak dapat menerima alasan pengharaman iklan makanan segera kerana bagi mereka tidak semua makanan segera memberi impak buruk khususnya dari segi kesihatan penggemar makanan segera.
Berdasarkan kajian sesetengah pihak, kecenderungan sesetengah masyarakat mengambil makanan segera kerana jadual kerja yang padat. Alasan ini digunakan oleh sesetengah individu untuk memilih makanan segera sebagai pelengkap di meja makan sama ada untuk makan di siang hari mahupun di malam hari. Di tambah lagi dengan kesibukan khususnya warga kota yang bertugus-lumus mencari rezeki, mengejar kerjaya dan populariti menyebabkan tidak ada masa untuk meyediakan hidangan yang lebih berkhasiat di rumah. Apabila telah lewat tiba di rumah akibat terperangkap dengan kesesakan jalan raya dan penat bekerja di pejabat menjadi pendorong dan penyebab kepada sesetengah masyarakat lebih selesa memesan sahaja makanan-makanan segera yang amat mudah didapati sekarang. Bak kata pepatah asal ada duit semua kerja jadi. Kewujudan warung makanan segera, pasar malam dan tidak kurang juga tempat yang lebih ekseklusif seperti Pizza Hut, Mc Donald dan banyak lagi memudahkan kerja-kerja mereka ini untuk menempah makanan segera.
Kelazatan makanan segera yang tiada tandingannya mendorong sesetengah masyarakat terpikat untuk menikmatinya dengan kadar yang sekerap mungkin selagi perut masih mampu menampung isinya. Golongan kanak-kanak dan remaja lebih mudah terdedah dengan situasi sebegini walaupun tidak dinafikan golongan dewasa juga tidak ketinggalan. Makanan ringan seperti snek keropok,ais krim, mee segera dan lain-lain yang tergolong dalam makanan segera mengandungi pewarna tiruan dan perisa tambahan yang boleh memudaratkan kesihatan jika diambil berlebihan dan berterusan. Selain itu, contohnya minuman coca-cola yang mengandungi 14 sudu teh gula,pewarna kimia dan kafein bagi setiap botol sangat memudaratkan kesihatan dan boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit seperti kencing manis dan sebagainya.
Tambahan pula, produk-produk makanan segera yang wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan merancakkan lagi masyarakat untuk memilih makanan segera sebagai penjamu selera. Pelbagai jenis makanan segera telah diilhamkan oleh pengeluar melalui berbagai bentuk dan rupa yang dapat menarik perhatian masyarakat untuk membelinya. Sebagai contoh produk mee segera yang semakin banyak rupa dan perisa turut dijual di pasaran sama ada produk tempatan mahupun luar negara dengan harga yang murah serta mudah didapati. Pengeluaran dan penjualan produk makanan segera harus dihadkan dan dipantau oleh pihak yang berkenaan. Walaupun sudah terang makanan segera tidak banyak mendatangkan kebaikan khususnya dari segi kesihatan namun masih ada masyarakat yang tidak mengendahkannya.
...sekadar bicara...


No comments:

Post a Comment