Sunday, August 1, 2010

...facebook...




Perkembangan dunia siber masa kini telah menyediakan saluran komunikasi yang pelbagai bentuk. Dengan adanya jaringan internet,pengguna dapat melawati dan memasuki pelbagai laman web. Melalui internet juga,pengguna dapat berkomunikasi dengan mudah walaupun berada dalam jarak yang jauh. Dengan wujudnya jaringan website seperti facebook,tagged,friendster dan sebagainya menghangatkan lagi komunikasi di alam maya ini. Kini website jaringan sosial iaitu Facebook amat digemari bukan sahaja golongan dewasa malah hampir semua lapisan masyarakat tidak kira peringkat umur. Facebook menjadi topik hangat yang diperkatakan dimana-mana sahaja. Sesiapa yang tidak tahu tengtang Facebook atau lebih senang disebut sebagai “fb” dikatakan sebagai ketinggalan zaman. Kewujudan Facebook ini seolah-olah telah meneggelamkan website sosial yang terdahulu seperti friendster,Tagged dan sebagainya. Masyarakat dunia lebih gemar menggunakan “fb” berbanding tagged dan friendster terutamanya friendster yang semakin ketinggalan masa kini. Menjadi satu kewajipan kepada para penggemar website ini untuk melawati dan megemaskini akaun “fb” mereka setiap hari malah ada yang setiap saat dan waktu. Facebook bukan sahaja tempat untuk berkenalan,bersembang-sembang kosong malah telah menjadi medium perantaraan untuk para pengguna menjalankan dan meluaskan perniagaan. Facebook dijadikan ruang untuk mempromosi dan memulakan aktiviti perniagaan. Jika pengguna bijak mengaplikasikan kemudahan website ini,ianya menjadi website sosial yang berguna dan penting dalam kehidupan seharian. Namun,jika pengguna menyalahgunakan ruangan sosial ini,ia akan menjadi satu ruangan yang tidak memberi apa-apa manfaat dan bakal memusnahkan generasi muda khususnya. Sebagai contoh,membuang masa dan sebagainya. Mark Zuckerberg telah mencipta satu revolusi dengan mewujudkan ruangan website sosial iaitu Facebook(fb) yang menjadi kegilaan masyarakat dunia meliputi hampir setiap peringkat umur. Tambahan pula, tiada bayaran yang dikenakan kepada sesiapa yang mendaftar untuk menggunakan ruangan sosial ini.

...sekadar bicara...

No comments:

Post a Comment