Tuesday, August 3, 2010

ada apa dengan facebook?????

Laman interaktif facebook tidak perlu diperkenalkan lagi kerana telah hangat diperkatakan sana sini.Facebook menjadi tempat mencari teman-teman yang lama terpisah malah menjadi medium untuk menghubungkan masyarakat dunia dengan pantas kerana segala-galanya berada di hujung jari sahaja.Sesetengah para pemimpin menggunakan kemudahan ini untuk berinteraksi dengan rakyat.
Disebalik kebaikan yang ada pada facebook,terdapat juga kekurangannya. Di dada-dada akhbar mahupun berita online sering kali kita terbaca laporan yang kurang sedap didengar dan tidak tercapai dek akal..antaranya...

seorang wanita telah mati dibunuh kerana membuat satu pembohongan mengenai status dirinya yang mengatakan belum berkahwin padahal sebaliknya..pembunuhan tersebut dilakukan oleh suami sendiri...
dibuang kerja..gara-gara meluahkan perasaan di facebook,seorang eksekutif di sebuah syarikat ternama telah diberi notis 24 jam dan dalam kata lain DIPECAT!!!hal ini bukan sahaja memberi kesan buruk pada dirinya malah keluarga sekiranya telah berkeluarga....sekadar bicara dan renungan..

No comments:

Post a Comment