Tuesday, August 3, 2010

ada apa dengan facebook?????

Part 2...
Kerana facebook, samada seseorang itu berpendidikan tinggi ataupun terpelajar,berpengaruh ataupun tidak berpangkat tidak menjamin seseorang itu melakukan tindakan yang bijak dan sewajarnya. Ini terbukti dengan peristiwa yang berklaku di sebuah negara yang agak maju…disebabkan terlalu aktif menggunakan laman sosial sebagai medium komunikasi,seorang individu telah membuat penganiayaan terhadap teman wanitanya yang merupakan seorang pendidik di sebuah institut antarabangsa yang terkenal dengan memuatkan video dan gambar-gambar porno untuk mengaibkan teman wanitanya sendiri. Disebabkan terlalu malu teman wanitanya telah membunuh diri dengan terjun dari bangun yang tinggi.
Kejadian-kejadian ini masih belum kedengaran di tempat kita, namun kita tidak seharusnya memandang isu ini sebagai remeh kerana tidak mustahil ianya akan terjadi pada diri kita,keluarga dan orang-orang yang kita sayangi..
Kebimbangan sesetengah pihak dengan fenomena laman sosial ini telah membawa Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa mengharamkan facebook. Malangnya ianya dikritik hebat oleh pelbagai pihak yang menganggap tindakan ini tidak wajar.
Semua individu mempunyai pendapat mereka masing-masing. Ada yang berpendapat,kaedah psikologi dapat membantu masalah “ketagihan facebook” ini.
Oleh itu, individu-individu yang terlibat seharusnya bijak mengaplikasikan kemudahan teknologi yang semakin berkembang dengan sebaik mungkin supaya lebih banyak kebaikan yang diperolehi berbanding kekurangannya..
………sekadar coretan untuk tatapan….

No comments:

Post a Comment