Sunday, August 22, 2010

Facebook & kesannya



Laman sosial ini menjadi medium perantaraan yang sangat berkesan kepada masyarakat. Apa sahaja maklumat yang ingin disampaikan semuanya melalui laman sosial ini. Tidak kiralah sama ada maklumat itu berbentuk formal ataupun tidak formal hampir semuanya disampaikan melalui facebook. Ini memudahkan setiap urusan harian dan dapat menjimatkan kos serta masa kerana melalui facebook,semuanya percuma bagi mereka yang mempunyai jaringan internet. Dalam laman sosial ini juga, pengguna boleh membuat pelbagai aktiviti yang dapat mengurangkan “stress”. Antaranya pelbagai permainan terdapat di dalam facebook.
Dengan tercetusnya revolusi ini, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dalam memantau anak-anak mereka supaya tidak terdedah dengan anasir-anasir negatif akibat penglibatan dalam laman sosial ini. Seperti yang kita sedia maklum, hampir setiap peringkat umur melibatkan diri dalam peggunaan laman sosial ini kerana laman sosial yang satu ini tidak mempunyai polisi seperti laman sosial lain yang menghadkan tahap umur seperti Tagged,MySpace dan Frienster. Oleh itu, ibu bapa tidak sepatutnya memberi kepercayaan sepenuhnya kepada anak-anak mereka terutamanya anak-anak di bawah umur. Melalui laman sosial ini,masyarakat yang sememangnya bergiat aktif dalam pelbagai jenis perniagaan internet akan menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin untuk mempromosi dan menambah bilangan pengikut mereka. Oleh itu,pengguna seharusnya bijak membuat penilaian yang sewajarnya. Disamping itu, disebabkan terlalu bergiat aktif dalam laman sosial ini pasangan-pasangan yang bakal dan telah mendirikan rumahtangga seringkali mengalami krisis dan salah faham dalam hubungan mereka. Malah ada yang hampir dan sanggup mengheret kaki ke kamar mahkamah atau dalam kata lain BERCERAI-BERAI tanpa berfikir panjang dan memikirkan kesan kepada orang-orang di sekeliling mereka. Selain itu,apabila sesetengah masyarakat kurang bijak meggunakan kemudahan laman sosial ini, ianya secara tidak langsung akan menjadi tempat luahan rasa yang membawa kepada timbulnya fitnah dan pertelingkahan di kalangan masyarakat. …..sekadar bicara…

No comments:

Post a Comment