Thursday, September 16, 2010

...makanan segera...




Menurut KAMUS DEWAN EDISI EMPAT, MAKANAN SEGERA ialah makanan yang ringkas dan dapat disediakan dengan cepat. Menurut sumber lain pula, Makanan segera merupakan salah satu kategori makanan mudah guna yang didefinisikan sebagai makanan sejuk atau panas. Penyediaan untuk makanan ini memerlukan usaha dan masa yang sedikit sahaja. Makanan mudah guna ini merangkumi jenis makanan yang diklasifikasikan seperti makanan segera (fast foods), makanan gerai, makanan terproses minimum, makanan terproses separa, makanan sedia dimakan, makanan ringan/snek (snack foods), makanan ringan/snek kurang zat (junk foods) dan minuman sedia diminum.

Pengambilan makanan segera sudah sinonim dengan masyarakat Malaysia. Masyarakat Malaysia sememangnya lebih gemar mengambil makanan segera sebagai makanan ringan tidak kira dimana sahaja. Apabila tiba waktu rehat khususnya makan tengahari, tempat-tempat makan seperti KFC, MC DoNALD, PIZZA HUT dan sebagainya menjadi tumpuan orang ramai untuk mengalas perut walaupun terpaksa beratur panjang untuk membuat pesanan makanan. Target utama adalah burger, French Fried, nugget, Fried Chicken dan lain-lain.


Makanan segera turut menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kerosakan gigi, kegemukan, tekanan darah tinggi, sembelit, dan pembuluh darah tersumbat. Walaupun makanan segera dikatakan menjadi penyumbang kepada pelbagai penyakit, namun tidak semua makanan tersebut tidak berkhasiat tetapi cara penyediaan dan komposisi kandungannya perlu dititikberatkan oleh penggemar makanan segera.


...sekadar bicara...

No comments:

Post a Comment