Wednesday, December 29, 2010

kenapa???,,lepak!!!!,,,

remaja!! golongan yang seringkali dikaitkan dengan pelbagai keadaan dan situasi sama ada dari sudut positif mahupun negatif. golongan ini merupakan harapan negara dan bakal menjadi pelapis untuk memimpin serta menerajui sesebuah negara ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
sejauh manakah golongan ini boleh diharapkan untuk menerajui negara??? semua pihak harus memainkan peranan supaya harapan tidak hanya tinggal kenangan yang pahit untuk ditelan.
Beberapa kajian telah menunjukkan golongan ramaja sememangnya golongan yang mudah terpedaya, memberontak, keinginan mencuba yang tinggi dan mudah terjebak dengan aktiviti tidak bermoral. perkara ini menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. sesuatu perkara yang berlaku pasti mempunyai punca dan sebabnya.
Sikap ibu bapa dikatakan menjadi salah satu punca wujudnya gejala melepak dalam kalangan remaja khususnya. sesetengah ibu bapa meletakkan kepercayaan dan tanggungjawab mendidik anak-anak seratus peratus kepada guru-guru di sekolah. bagi mereka didikan di sekolah sudah cukup sempurna dan lengkap untuk menjadikan anak-anak mereka seorang insan yang cemerlang dari semua aspek kehidupan. jika semua ibu bapa berfikiran seperti itu, mereka seolah-olah membunuh anak sendiri. anak-anak yang sedang meningkat usia amat memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang daripada ibu bapa. disebabkan terlalu sibuk mengejar urusan dunia, sesetengah ibu bapa mengabaikan anak-anak dan akibatnya anak-anak lebih selesa melepak dengan rakan-rakan mereka dan secara tidak langsung menjerumus mereka ke arah gejala lepak. di samping itu, keadaan rumah tangga yang porak-poranda boleh menjadi punca wujudnya gejala lepak dalam kalangan remaja.
Pengaruh rakan sebaya juga dikatakan menjadi punca wujudnya gejala lepak. kita sememangnya sedia maklum bahawa remaja adalah golongan yang mudah terikut-ikut dan suka mencuba sesuatu yang baru. menjadi satu kepuasan bagi mereka jika dapat mencuba sesuatu yang baru malah ianya menjadi satu kebanggaan yang tiada tolok bandingnya. ajakan rakan-rakan sebaya untuk duduk melepak sukar ditolak dan mahu tidak mahu terpaksalah ikut serta. banyak perkara negatif akan berlaku dalam aktiviti melepak. ianya boleh merosakkan remaja itu sendiri.
selain itu, pengaruh media massa juga menyumbang kepada punca berlakunya gelaja lepak. melalui slot-slot rancangan di kaca tv yang menayangkan budaya tidak baik mudah menjadi ikutan remaja di luar. pihak yang bertanggungjawab seharusnya melihat perkara ini dengan lebih serius. langkah yang sewajarnya patut diambil supaya slot-slot tempatan mahupun luar negara yang ditayangkan di media tempatan ditapis terlebih dahulu sebelum diluluskan untuk tayangan.
....sekadar bicara...

No comments:

Post a Comment