Monday, December 27, 2010

budaya lepak @ melepak,,,

Lepak biasanya ditafsirkan sebagai satu aktiviti berkumpul yang tidak mempunyai matlamat,hala tuju,visi dan tanpa arah tujuan. aktiviti sebegini boleh dilakukan dimana-mana sahaja dan dapat dilihat dimana-mana sahaja terutamanya di tepi-tepi jalan, kawasan perumahan, kampung dan sebagainya. bagi sesetengah orang, melepak dapat memberi seribu ketenangan pada diri. namun adakah ianya juga memberi seribu ketenangan pada orang lain? aktiviti melepak ini seringkali dikaitkan dengan pelbagai perilaku yang negatif. masyarakat sekeliling akan memandang serong kepada kelompok individu yang melepak ini kerana bagi mereka individu seperti ini tiada masa depan. adakah wajar tanggapan sebegini atau sebaliknya?
Tidak dinafikan budaya melepak ini boleh mencacatkan dan mencemar pemandangan sesebuah tempat itu. namun jika budaya lepak ini dilakukan di satu tempat khas yang tidak mengganggu ketenteraman awam dan bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan cerita baru daripada kawan-kawan lama ianya bukanlah satu aktiviti yang mencemar pemandangan sekeliling dan dipandang serong oleh segelintir masyarakat.
Pokok pangkalnya niat dan tujuan kita hendaklah selari dengan tingkah laku kita supaya tidak disalah tafsir oleh orang yang melihatnya. setiap sesuatu kejadian dan perkara yang berlaku pasti mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. terpulang kepada kita untuk menjadikannya sama ada baik atau sebaliknya. kadang-kadang pandangan orang tidak semestinya seratus peratus boleh diterima pakai. namun tak semestinya diabaikan terus!!!
....sekadar bicara...

No comments:

Post a Comment