
Banyak alasan yang menyebabkan masyarakat dunia kini terjebak dengan gejala merokok. walaupun tahu bahaya merokok kepada diri dan orang sekeliling namun semuanya buat-buat tak tahu. kadangkala seseorang individu itu merokok disebabkan tekanan seperti tekanan belajar, bekerja dan sebagainya. sebagai jalan penyelesaian, sesetengah daripada mereka mengambil jalan mudah dengan mendekatkan diri dengan tabiat merokok. apabila merokok mereka rasakan dapat melupakan atau menghilangkan tekanan yang dihadapi. malah ada yang sanggup tak makan asalkan dapat menghisap rokok. sekotak rokok atau lebih sehari bagaikan sudah mengenyangkan mereka. perbelanjaan untuk membeli sekotak rokok mengatasi keperluan seharian yang lain. bagi individu yang bergelar pelajar, tabiat seperti ini bukan sahaja menjadi kesalahan disiplin malah menjadi satu lagi bebanan dalam perbelanjaan seharian mereka. bagi individu yang bekerja, tabiat merokok boleh melalaikan mereka dalam menjalankan tugas seharian mereka di pejabat dan menunjukkan contoh yang tidak baik kepada pekerja lain lebih-lebih lagi jika individu tersebut merupakan pihak atasan atau seorang ketua dalam organisasi tersebut.
didikan awal tentang tabiat merokok seharusnya diberi diperingkat kanak-kanak lagi supaya jiwa mereka terdidik sejak azali untuk menjauhkan diri dan mengelak daripada gejala merokok. bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya". ibu bapa merupakan insan penting dalam mendidik anak-anak tentang bahaya merokok. contoh dan tauladan yang baik perlu diterap dan ditunjukkan kepada anak-anak mereka. tabiat merokok di hadapan anak-anak tidak sepatutnya ditunjukkan di depan mereka. jika ini berlaku anak-anak susah untuk menerima nasihat dan didikan ibu bapa mereka kerana contoh yang tidak baik telah dilihat di depan mata mereka sendiri.
selain itu, didikan di peringkat sekolah juga perlu dilaksanakan oleh para guru. para guru tidak sepatutnya menunjukkan kepada anak didik mereka yang mereka merupakan seorang perokok. jika ini berlaku juga, pelajar tidak akan menghormati mereka dan para pelajar lebih cenderung mengikut jejak gurunya.
kesedaran dalam diri sendiri adalah yang paling utama. individu yang terjebak dengan gejala merokok seharusnya berfikir dengan lebih mendalam akan kesan serta akibat yang dialami dan diterima mereka jika terus-menerus merokok.
amaran di kotak rokok itu sendiri seharusnya perlu difikirkan dan dapat membuka minda supaya berhenti merokok atau bagi yang baru berjinak-jinak tidak sepatutnya terjebak dengan gejala merokok. gambar dan amaran bertulis di kotak rokok itu telah memberi gambaran awal kepada perokok tentang betapa bahaya merokok. akhir-akhir ini, media massa seperti media cetak dan media elektronik begitu giat menjalankan kempen kesedaran tentang bahaya merokok. iklan di kaca televisyen memberitahu bahawa pelbagai jenis kanser akan dihidapi oleh perokok. antaranya adalah seperti kanser paru-paru dan kanser mulut serta banyak komplikasi penyakit lain akan wujud jika antibodi seseorang itu semakin lemah. semuanya berpunca daripada tabiat merokok. oleh itu semua pihak perlu bertanggungjawab untuk membanteras gejala merokok demi kesejahteraan hidup masing-masing. aplikasikanlah slogan "katakan tak nak pada rokok" dalam diri masing-masing.
.....sekadar bicara....
No comments:
Post a Comment