Friday, November 26, 2010

kesaN MerokoK,,,





Merokok dikatakan pembunuh No. 1 di dunia. Akibat daripada merokok, perokok-perokok akan menghidap pelbagai jenis penyakit kronik seperti strok, sakit jantung,kanser paru-paru,kanser mulut dan sebagainya. Individu yang merokok akan terdedah dengan risiko menghidap penyakit kronik. Merokok dapat meningkatkan risiko kematian kerana serangan jantung dan strok.

Bagi wanita yang hamil, merokok sangat membahayakan kesihatan diri dan janin. Wanita hamil yang merokok berisiko mengalami keguguran,kematian janin dan sebagainya. Bayi yang selamat dilahirkan juga lebih terdedah dengan risiko sesak nafas dan kekurangan berat badan. Ibu yang merokok sepanjang tempoh kehamilan berkemungkinan akan melahirkan anak dengan berbagai-bagai gangguan perilaku, misalnya hiperaktif, dan perilaku antisosial lainnya (Journal of Epidemilogy and Community Health).

Merokok bukan sahaja menjejaskan kesihatan kita malah dari segi kewangan, merokok akan menyebabkan seseorang itu melaburkan duit ke arah yang tidak berfaedah. Ini menggalakkan pembaziran wang ke arah perkara yang kurang bermanfaat. Walaupun tahu akan bahaya merokok namun jumlah perokok seluruh dunia masih meningkat terutamanya di negara-negara sedang membangun.

Kempen-kempen kesedaran yang dijalankan masih tidak mampu membanteras dan membendung gejala merokok dalam kalangan masyarakat. Pelbagai iklan di kaca televisyen dan di dada-dada akhbar berkaitan bahaya merokok namun semuanya dipandang ‘sepi’ oleh segelintir masyarakat. Keinsafan hanya datang sebentar sahaja apabila rasa gian meguasai perokok,maka mereka akan tewas.

...sekadar bicara...

No comments:

Post a Comment