Wednesday, November 10, 2010

...Budaya merokoK...




Merokok adalah salah satu tabiat manusia yang susah untuk dihilangkan apabila telah terjebak dengannya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Bagi perokok-perokok, merokok dapat menyerlahkan kematangan dan menyebabkan mereka kelihatan ‘macho’. Hakikatnya pemikiran sebegitu sangat jauh tersasar dari pemikiran individu lain yang menonoton aksi mereka ini. Oleh itu,pemikiran sempit sebegitu harus dikikis dari pemikiran individu yang terlibat dengan gejala merokok. Terdapat juga individu yang sengaja menjinakkan diri dengan merokok kerana ingin kelihatan dewasa, terpengaruh dengan hasutan dan cabaran daripada rakan-rakan sebaya. Jika tidak, mereka merasa tertewas dan kalah dalam percaturan tersebut.

Sesetengah individu merasa bangga dan megah apabila mereka menyalakan sebatang rokok lebih-lebih lagi di khalayak ramai atau di tempat awam. Akibat perbuatan mereka ini individu-individu di sekeliling mereka terpaksa menghidu bau asap rokok yang menyesakkan nafas dan meloyakan anak tekak. Mereka tidak menyedari atau buat –buat tidak sedar dan tidak tahu bahawa perbuatan tersebut bukan sahaja membahayakan diri mereka sendiri malah individu yang berada berhampiran mereka. Mengikut kajian yang dibuat, individu yang menghidu dan terhidu bau asap rokok lebih mengalami kesan yang serius berbanding individu yang menghisap rokok.

Apabila individu telah merasa tertagih dengan rokok, individu tersebut amat payah untuk menghentikannya. Ini akan menimbulkan pelbagai masalah terutamanya kepada seorang pelajar. Rasa ingin merokok akan terbawa-bawa sewaktu bersekolah. Tidak cukup ‘curi-curi merokok di dalam tandas atau tempat yang sedikit tersembunyi di blok-blok sekolah, mereka akan cuba untuk keluar dari kawasan sekolah. Ini menyebabkan berlakunya kes-kes ponteng sekolah dan menyebabkan pelajar tersebut digantung dan mungkin dibuang sekolah jika telah sampai ke tahap kritikal.

...sekadar bicara...

No comments:

Post a Comment