Monday, October 18, 2010

...senaman...









Tidak perlu dijelaskan lagi apa itu senaman? Masyarakat kita memang sinonim dengan budaya senaman namun kurang dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Senaman dapat merenggangkan dan melegakan urat-urat saraf dan otot-otot badan yang terseliuh,sakit,sengal dan sebagainya. Walaupun tidak dapat menyembuhkan seratus peratus kesakitan tersebut namun sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa sakit yang ditnggung.


Budaya senaman seolah-olah dipandang sepi dan dibiarkan berlalu bagai angin lalu. Kita kurang menyedari betapa pentingnya senaman dalam kehidupan seharian. Kita lupa dan tidak mempunyai masa untuk melakukan sekurang-kurangnya satu senaman seminggu. Masa yang terluang kadangkala lebih banyak dihabiskan dengan melayari internet, menonton televisyen, malah ada yang lebih gemar tidur sepanjang siang terutamanya di hujung minggu kerana terlalu letih di hari-hari bekerja dengan bebanan tugasan di pejabat. Hujung minggulah masa yang paling sesuai memanjakan diri dan beristirehat sepuas-puasnya. Oleh itu, terjadilah sikap malas bersenam.


Aktiviti senaman biasanya dilakukan tiga kali seminggu sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali membuat senaman. Namun masih ada juga yang memberi pelbagai alasan untuk tidak melakukannya. Gaya hidup yang sihat dapat mengekalkan tahap kesihatan kita supaya sentiasa sihat sepanjang hayat. Dengan melakukan senaman,tubuh badan kita akan menjadi kuat dan sihat. Ini dapat mengelak daripada pelbagai penyakit terutamanya penyakit kronik seperti sakit jantung.


....sekadar bicara...

No comments:

Post a Comment