Sunday, January 2, 2011

tangani budaya lepak,,,

Semua pihak harus berganding bahu untuk menangani gejala lepak. menuding jari antara satu sama lain tidak sepatutnya terjadi. badan-badan kerajaan, bukan kerajaaan(NGO) atau persatuan kampung perlu memainkan peranan yang lebih berkesan bagi membanteras,mengelak dan mengawal remaja daripada terjebak dengan gejala lepak.
para remaja perlu bergiat aktif dalam persatuan atau kelab-kelab yang telah sedia ditubuhkan di Malaysia dan di tempat mereka tinggal. contohnya kelab rakan muda dan k-bestari kampung. dengan menyertai persatuan dan kelab-kelab begini,anak-anak muda dapat memanfaatkan masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. aktiviti sukan, kerja-kerja amal yang diadakan dalam persatuan dapat memberi motivasi dan menyemai sifat murni dalam diri remaja itu sendiri.
Hal ini bukan sahaja dapat mengelak mereka daripada terjebak dengan aktiviti tidak berfaedah melalui gejala lepak malah dapat membantu orang yang memerlukan dan menyihatkan tubuh badan dengan aktiviti bersukan.
selain itu, kem-kem motivasi, perkhemahan yang diadakan oleh pihak sekolah mahupun pihak luar semasa cuti persekolahan seperti kelab rakan muda dapat memberi manfaat kepada remaja. masa yang terluang tidak akan disia-siakan dengan melepak bersama rakan-rakan. dengan adanya aktiviti seperti ini dapat meningkatkan jati diri yang tinggi dalam diri remaja secara tidak langsung dapat mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan gejala yang kurang sihat.
kesimpulannya, cara yang paling berkesan untuk mengelak diri daripada gejala dan budaya yang tidak sihat seperti lepak ini seharusnya datang dari dalam diri remaja itu sendiri disamping sokongan dan dorongan daripada insan-insan yang berada di sekeliling mereka. remaja perlu mempunyai kesedaran yang tinggi dan mampu membezakan perkara yang positif dan negatif demi kecemerlangan di masa hadapan.
....sekadar bicara...

1 comment:

  1. komen anda sangat dialu-alukan utuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan blog ini.semoga ianya komen yang membina!!!terima ksh!!

    ReplyDelete