Thursday, January 6, 2011

,,,Gangsterisme Vs vandalisme,,,,

satu lagi masalah sosial remaja masa kini yang boleh merosakkan ganerasi pelapis bangsa dan negara. Vandalisme atau perbuatan merosakkan harta benda awam dan persendirian manakala gangstarisme satu kumpulan yang bertindak ganas,kasar terhadap kelompok atau individu yang lemah. boleh juga dikaitkan dengan masalah buli. siapakah lagi yang harus dipersalahkan dan penyebab terjadinya masalah sebegini???.. alangkah sayang nya kita melihat kemudahan-kemudahan awam khususnya dibinasakan dan dirosakkan secara sengaja akibat tiada rasa tanggungjawab dalam diri dan ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain bahawa mereka "hebat" dan "kuat". apakah makna semua ini??jika ianya akan menyusahkan diri sendiri dan orang sekeliling. dinding-dinding bangunan yang elok bercat bersih dan kemas, dicemari dengan contengan yang langsung tidak membawa makna dan manfaat malah mencacatkan keadaan. jika kegiatan vandalisme ini tidak dibendung dan diambil serius oleh semua pihak ianya boleh memberi impak yang buruk kepada golongan masyarakat.
Gangsterisme pula seringkali mengambil tempat dalam masyarakat khususnya insan bernama remaja. kerana perasan diri kuat dan tiada tandingannya tertubuhlah kumpulan 'gangster'. kalau tidak menyakiti dan menyusahkan orang lain hidup dirasa tak aman dan tenteram. mangsa yang pasti adalah individu yang lemah dan tak berani bertindak atau melawan balik. apabila wujudnya gangster sama ada di sekolah dan dimana-mana, akan ada mangsa yang terkena. contohnya di sekolah, pelajar yang lemah akan dibuli sehingga mendatangkan kecederaan yang teruk dan boleh menyebabkan kematian. apabila telah melibatkan nyawa seseorang, ianya menjadi jenayah berat. masyarakat dan pihak berkuasa terpaksa campur tangan.
Gangsterisme dan vandalisme wujud disebabkan adanya rasa tidak puas hati dalam diri,perasaan memberontak, dan faktor-faktor fizikal dan persekitaran. hal ini dapat dielak dan dibendung jika betul cara yang digunakan.
.... sekadar bicara...

No comments:

Post a Comment