Wednesday, February 2, 2011

,,,atasi gangsterisme & vandalisme!!!

kedua-dua masalah sosial ini bukanlah sekadar masalah biasa terutamanya di sekolah. ianya akan menjadi masalah besar dan tergolong dalam jenayah sekiranya pelaku gangsterime dan vandalisme ini membahayakan mangsa yang melibatkan nyawa. pelbagai cara dan usaha telah dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab bagi membanters gejala ini. khidmat kaunseling perlu diberi kepada individu yang bermasalah dan terlibat dalan gejala seperti ini. nasihat yang berguna dan teguran yang berhemah dijadikan ubat untuk merawat golongan tersebut. namun, jika cara penyelesaian secara kaunseling tidak berjaya dan berkesan, jalan lain harus difikirkan agar gejala ini tidak menjadi 'kudis' dalam masyarakat. Kempen-kempen menangani seperti 'bulan pencegahan jenayah peringkat kebangsaan' telah diadakan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia. hal ini merupakan antara usaha pihak berkuasa untuk mencegah gejala ini dari terus berleluasa dan berterusan terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah. selain itu,pihak kementerian pelajaran menggalakkan sekolah menubuhkan persatuan pencegahan jenayah bagi membantu pihak sekolah menangani dan cuba mencari jalan penyelesaian bagi masalah gangsterisme dan vandalisme dalam kalangan pelajar yang membawa banyak masalah soaial yang lain. Persatuan ini akan bekerjasama dengan pihak polis dan Yayasan Pencegah Jenayah Malaysia. Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga tidak ketinggalan memberi sokongan dalam usaha membanteras gejala ini. Usaha bersepadu dan kerjasama yang jitu daripada semua pihak akan lebih berkesan bagi membendung gejala ini dari terus berterusan. ini adalah untuk kebaikan bersama demi masa depan individu yang bermasalah dan masa depan negara.
,,,,sekadar bicara,,,

No comments:

Post a Comment