Friday, February 4, 2011

,,,daDah!!!,,







Di Malaysia,masalah dadah bukanlah perkara asing lagi dan menjadi kebimbangan semua pihak.dadah merupakan bahan yang digunakan untuk ubat-ubatan dan jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan ketagihan pada individu tersebut. oleh itu, terjadilah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat. akibat daripada pengambilan dos yang berlebihan, individu akan merasa ketagih dan akan mengambil dadah secara berulang-ulang dan dengan lebih kerap. dadah mempunyai banyak fungsi dan jenis. antaranya dadah yang seringkali disalahgunakan ialah opium atau candu,marijuana atau ganja, morfin dan lain-lain. dadah-dadah jenis ini merupakan dadah yang 'glamor' di kalangan penagih dadah. ubat-ubatan yang terdapat di hospital,farmasi dan kedai-kedai ubat merupakan sejenis dadah. namun, penggunaannya dikawal dan diambil mengikut dos yang telah ditetapkan serta dipantau oleh badan-badan yang bertanggungjawab. daripada kegunaan untuk kebaikan, dadah telah disalahgunakan untuk keburukan yang menghancurkan ganerasi demi ganerasi yang menjadi pelapis negara pada masa hadapan. ketagihan dadah bukan sahaja merosakkan bangsa malah mencemar imej negara. ganerasi muda menjadi sasaran kepada pembekal dadah. golongan muda menjadi penghuni terbanyak di pusat-pusat pemulihan penagihan narkotik dan ini membebankan kerajaan untuk membiayai kos-kos rawatan dan pemulihan untuk mereka. rawatan dan pemulihan yang diterima bukan seratus peratus dapat memulihkan penagih,ada sesetenagh penagih akan kembali menagih dan terjebak ke dalam najis dadah. penagih-penagih dadah ini bukan sahaja datang daripada golongan yang kurang pendidikan malah ada sesetengah daripada mereka yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan mempunyai kerjaya yang cemerlang. sesetengah daripada golongan ini mencari jalan singkat untuk menjadi kaya dan ada yang menghadapi masalah peribadi, tekanan kerja dengan menjadikan dadah sebagai "teman" yang akrab. kekuatan mental dan fizikal amat perlu dalam diri individu bagi mengelak diri terjebak ke dalam kancah najis dadah.
,,,,sekadar bicara,,,

No comments:

Post a Comment