Monday, February 28, 2011

,,,peRangi Dadah!!!

pelbagai cara dan usaha telah dan sedang dijalankan bagi memulihkan dan memberi pendidikan kepada golongan remaja khususnya bagi memerangi gejala dadah ini. namun semuanya bagaikan mencurah air di daun keladi. dimanakah silapnya??apakah langkah yang sepatutnya diambil??dan bagaimana caranya???semua pihak mengambil bahagian bagi membanteras dan memerangi gejala ini daripada terus berlarutan. ibu bapa sudah semestinya menjadi insan yang paling dekat untuk memberi didikan dan mengawal tindak-tanduk anak-anak mereka daripada terjebak dengan masalah penyalahgunaan dadah. didikan awal dikatakan amat penting untuk menjadikan seseorang itu insan yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti. namun sejauh manakah cara ini berkesan jika hanya dititikberatkan ketika anak-anak itu masih kecil dan belum menjangkau usia dewasa. seharusnya ibu bapa sentiasa bijak membahagi masa mereka supaya anak-anak tidak merasa disisih dan kurang kasih sayang. walaubagaimanapun, setiap sesuatu yang terjadi tidak seharusnya diletak di bahu ibu bapa sahaja. kesedaran dalam diri individu itu sendiri amat penting. setiap individu itu perlu memiliki pendirian yang tegas dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang membinasakan. jika para remaja memiliki kekuatan mental dan fizikal yang kukuh dan utuh, sebarang unsur negatif akan dapat diatasi dan dielakkan daripada mencemari diri sendiri.
Jika setiap individu memiliki semua kekuatan ini, didikan yang mereka perolehi di mana sahaja sama ada di sekolah, menerusi kempen-kempen, dan sebagainya hanyalah benteng yang akan memperkuatkan lagi pendirian mereka untuk berdepan dengan pengaruh dan unsur negatif yang berada di sekeliling mereka. usaha yang pihak berkuasa jalankan menjadi mudah dan berkesan. kempen-kempen perangi dadah dapat diselami dalam kalangan remaja khususnya. Secara tidak langsung, ianya dapat mengurangkan masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia. pendek kata, semua pihak harus bekerjasama dan lebih prihatin dalam hal sebegini dan paling utama,remaja atau individu yang terlibat itu seharusnya menyedari dan menginsafi bahawa penagihan dadah itu tidak memberi apa-apa manfaat malah akan membinasakan diri sendiri dan masa depan.
.....sekadar bicara.....

No comments:

Post a Comment