Saturday, March 19, 2011

,,,pergaulan sOsiaL!!!!

Pergaulan sosial membawa kepada dua situasi yang berbeza iaitu sama ada pergaulan yang mendatangkan manfaat dan pergaulan yang membawa kepada kerosakan atau kehancuran.
pergaulan sosial penting dalam kehidupan seharian kita jika dilihat dari sudut positif. dengan adanya pergaulan yang sihat antara individu,ianya memudahkan komunikas.jika komunikasi berjalan dengan lancar secara tidak langsung memberi impak kepada urusan seharian. setiap urusan dan bila kita berurusan dengan masyarakat ianya akan menjadi mudah dan disenangi. apabila seseorang kurang atau tidak mahu bergaul dengan masyarakat, individu tersebut akan digelar 'kera sumbang' dan sesetengah isu semasa dan cerita terkini tidak akan diketahui individu seperti ini. oleh itu,bersesuaianlah peribahasa 'seperti katak di bawah tempurung' untuk individu seperti ini. pendek kata,pergaulan sosial itu penting untuk kita menjadi seseorang yang mudah menyesuaikan diri denagn setiap persekitaran yang baru dan 'up to date'.
namun, disebalik semua kebaikan tersebut, terdapat juga keburukannya. semuanya datang dari kita sendiri untuk menentukan sama ada sesuatu itu baik atau buruk. apabila terlalu atau terlebih sosial,terjadilah pergaulan bebas yang tidak mengira pergaulan antara wanita dan lelaki. sehinggakan pergaulan bebas ini tidak membataskan perhubungan antara wanita dan lelaki. budaya ketimuran dilupakan begitu sahaja kerana bagi sesetangah individu,ianya perkara biasa. peredaran zaman yang begitu pantas dan membawa besama-sama kecanggihan memudahkan khususnya golongan remaja terjebak dengan masalah sosial yang melibatkan pergaulan bebas. melalui filem-filem dari barat dan jaringan internet yang disalahgunakan menjadi medium perantaraan yang memburukkan keadaan.kewujudan pusat-pusat hiburan seperti kelab malam yang bergiat secara aktif menambahkan lagi masalah sosial ini. budaya-budaya barat yang sama sekali bertentangan dengan etika-etika dan budaya ketimuran lebih menarik minat golongan muda khususnya remaja.akibat daripada pergaulan bebas,wujudlah masalah anak luar nikah,hamil tanpa menikah,pembuangan bayi dan sebagainya.anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa atas kesalahan yang telah dilakukan segelintir orang dewasa yang tidak bertanggungjawab dan tidak bertamadun.
,,,sekadar bicara,,,,

No comments:

Post a Comment