Thursday, May 5, 2011

budaya gotong-royong,,

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing sinonim dengan budaya gotong-royong. Masyarakat kini dikatakan kurang lagi mengamalkan budaya gotong-royong terutamanya masyarakat yang tinggal di bandar. Budaya gotong-royong ini semakin hari semakin pupus dan lenyap dalam diri masyarakat seolah-olah peredaran zaman telah membawa bersama-sama budaya gotong-royong yang pada asalnya ada dalam diri masyarakat kita. semangat bekerjasama sangat dititikberatkan dalam budaya gotong-royong,namun masih adakah semangat tersebut dalam diri kita hari ini???


Masyarakat luar bandar dikatakan masih mengekalkan dan memelihara budaya gotong-royong dalam diri mereka. Semangat bantu-membantu dan bekerjasama masih utuh dalam diri mereka walaupun zaman berganti zaman, kemodenan di sana sini, kecanggihan teknologi semakin pesat membangun namun semuanya tidak menjejaskan tradisi gotong-royong yang diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang mereka. Semangat dan tradisi inilah yang harus dicontohi dan diteladani oleh generasi masa kini khusunya masyarakat bandar. Tambahan pula, hubungan kekeluargaan masyarakat luar bandar sangat kukuh dan akrab membolehkan mereka saling membantu dalam urusan harian mahupun majlis rasmi dan besar-besaran. Misalnya seperti majlis kenduri perkahwinan dan lain-lain. Struktur masyarakat luar bandar yang kebiasaanya anggotanya terdiri daripada ahli keluarga terdekat dan saudara mara sendiri memudahkan urusan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan dikehendaki.


Berlainan dengan masyarakat di bandar yang memntingkan sikap individualistik dan materialistik. Jiran tetangga seolah-olah hanya sebagai hiasan sahaja. Keluar pagi, pulang lewat senja kerana kesibukan mengejar populariti dan mencipta karier tanpa mengambil endah dan bertanya khabar jiran sebelah rumah. Namun tidak semua masyarakat bandar memiliki sikap begini. Terdapat sesetengah di antara mereka masih mengamalkan budaya gotong-royong untuk membersih kawasan tempat tinggal mereka. Walaupun kemungkinan hanya kelompok kecil sahaja yang berbuat demikian, jika disemai dan diamalkan secara berterusan tidak mustahil suatu masa nanti ianya akan menjadi satu kelompok yang besar dan budaya gotong-royong dapat dihidupkan semula dalam kalangan masyarakat kita hari ini.


....sekadar bicara,,,

No comments:

Post a Comment