Thursday, December 30, 2010

,,lepak!! & akibat!!,,,

isu yang tak pernah lekang di mana sahaja sama ada di media massa mahupun perbualan seharian. Budaya lepak!! seringkali kita lihat dan dengar mengenainya. apakah sebenarnya yang ada pada budaya ini??adakah ianya mendatangkan kebaikan ataupun lebih kepada keburukan?? bila difikirkan dan dilihat, budaya lepak ini lebih mendatangkan kesan buruk terhadap pelepak dan orang sekelilingnya. secara tidak langsung budaya lepak ini boleh menjerumus dan mengakibatkan golongan belia atau ramaja kepada aktiviti yang meruntuhkan akhlak. lumba haram, pergaulan bebas, pengedaran dadah dan banyak lagi perkara yang tidak bermoral boleh dilakukan semasa melepak.
akibat yang jelas kelihatan daripada budaya melepak ini ialah mencemar pemandangan lebih-lebih lagi di bandar-bandar besar atau ibu kota. gejala ini boleh merosakkan dan mencemar imej negara di mata dunia apabila ada pelancong asing datang ke negara kita dan melihat sendiri budaya yang kita pamerkan kepada mereka. sedikit sebanyak ianya mempengaruhi tanggapan dan ketidakpercayaan serta keyakinan pihak luar untuk berurusan dengan kita. rasa hormat dan yakin akan berkurangan.
budaya melepak juga mengakibatkan berlakunya ketidaktenteraman awam. mereka yang suka melepak ini kadangkala boleh membuat bising, mengganggu orang awam terutamanya golongan wanita, dan merosakkan harta benda awam atau 'vandalisme'. gejala seperti ini sememangnya sering dilakukan oleh pelepak-pelepak. lebih parah lagi jika mereka ini terlibat dengan jenayah berat seperti merogol, menyamun, mencuri, pengambilan dadah, dan sebagainya. hal ini akan menjejaskan masa depan mereka dan merugikan negara dengan menanggung perbelanjaan untuk memulihkan mereka jika terpaksa ditempatkan di pusat-pusat pemulihan.
budaya melepak yang melibatkan para pelajar juga memberi kesan kepada pembelajaran mereka. kes-kes ponteng sekolah, digantung sekolah akan wujud akibat daripada budaya melepak ini. disebabkan bosan dengan matapelajaran di sekolah sesetengah pelajar memilih jalan mudah dengan ponteng sekolah dan melepak di pusat-pusat membeli-belah bersama rakan-rakan sebaya. kewujudan pusat membeli-belah yang semakin banyak dan meluas menyenangkan mereka untuk mencari 'port' yang selesa dan sesuai untuk melepak. secara tidak langsung gejala lepak ini telah menyebabkan peningkatan kes-kes jenayah di negara kita.
Walaupun gejala melepak ini kelihatan remeh tetapi jika ianya tidak dibendung dari awal, akan menyebabkan masalah besar yang sukar diatasi dan dikawal.
....sekadar bicara...

1 comment: