Monday, April 4, 2011

,,Budaya membaca,,

Budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia kurang diamalkan dan dititikberatkan. Terdapat sebab mengapa budaya membaca kurang diamalkan di Malaysia.

Budaya membaca dikatakan bukan budaya rakyat Malaysia. Ini disebabkan kesibukan masa yang diperuntukkan untuk bekerja. Kajian menunujukkan sekurang-kurangnya dua jam atau lebih dihabiskan di atas jalan raya untuk pergi ke tempat kerja dan kembali ke rumah. Apabila sampai di rumah, penat dan letih mengambil tempat. Mungkin juga kerana semasa di bangku sekolah, tidak ditekankan kepentingan membaca, kecuali buku-buku teks. Pengaruh ibu bapa atau keluarga yang tidak menitikberatkan budaya membaca berkemungkinan menjadi salah satu faktor kenapa masyarakat kurang minat untuk membaca. Tidak pernah dihadiahkan buku, dan tidak pernah terfikir bahawa buku itu penting dan membaca itu penting. Selain itu, pengaruh media massa yang semakin menjauhkan penontonnya dengan buku, sebaliknya menjadikan artis itu sebagai idola utama mereka. Dengan adanya hiburan yang semakin banyak dan pelbagai masa kini, remaja, kanak-kanak dan orang dewasa lebih memberi perhatian kepada hiburan di kaca tv. Sebagai contoh, rancangan kanak-kanak ‘tom-tom bak’ lebih menarik perhatian kanak-kanak untuk menontonnya berbanding menghadap buku dan memerlukan tenaga untuk membaca setiap patah kata di dalamnya. Dalam hal ini, tiada siapa yang perlu dipersalahkan sebaliknya individu itu sendiri seharusnya bijak menggunakan hiburan yang ada dengan sebaiknya.

Faktor persekitaran atau suasana sekeliling turut memainkan peranan dalam kekurangan rakyat Malaysia untuk mengamalkan budaya membaca dalam diri mereka.Mungkin telah menjadi amalan kita untuk membaca dalam keadaan sunyi. Seperti mana yang seringkali menjadi amalan di dalam sesebuah perpustakaan disuruh diam. Amalan itu tidak salah tetapi kesannya secara tidak sedar kita turut terpengaruh untuk membaca dalam keadaan sunyi. Oleh itu, agak sukar untuk kita membaca di dalam LRT, bas atau di tempat-tempat awam yang bising dan sesak.Malah terdapat segelintir masyarakat mempunyai persepsi bahawa orang yang membaca terutamanya di tempat-tempat awam adalah untuk menunjuk-nunjuk, dan memberikan gambaran ‘negatif’ bahawa pembaca itu ‘ulat buku’ yang tidak boleh dibuat kawan kerana hanya berkepit dengan buku 24 jam. Ulat buku mungkin dianggap antisosial atau antisukan. Persepsi-persepsi sedemikian amat berbahaya kerana ia akan menjauhkan buku dengan masyarakat. Secara tidak langsung masyarakat menjadi malas untuk membaca kerana takut tergolong dalam golongan tersebut di mana mereka akan dilabel sebagai ‘kera sumbang’ dan ‘kaki bangku’. Pemikiran seperti ini seharusnya tidak ada dan tidak perlu ada dalam diri seseorang yang inginkan sebuah kejayaan dan masa depan yang gemilang.

Harga buku.. harga buku yang semakin hari semakin meningkat menjadi faktor masyarakat kurang menbaca. Kos penghantaran dan penyediaan untuk mendapatkan sebuah buku semakin meningkat tambahan lagi masyarakat yang duduk di kawasan pedalaman. Sebagai contoh kawasan Sabah dan Sarawak. Ditambah lagi dengan kos hidup yang saban hari semakin meningkat dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Gaji yang diterima setiap bulan seolah-olah tidak tahu kemana hilangnya apabila telah digunakan untuk melunaskan semua ‘bayaran tertunggak’ dalam setiap bulan.

Membaca tidak penting..sesetengah di antara kita merasakan amalan membaca tidak penting dan tidak perlu kerana ianya membuang masa dan membosankan. Pelbagai alasan akan keluar dari mulut kita apabila hati tidak rela untuk melakukan sesuatu yang tidak berkenan di hati. Denagn kemajuan dan kecanggihan teknologi masa kini, buku-buku yang ada di pasaran hanya dipandang sepi kerana semua maklumat boleh dicari dan didapati di ‘google’. Terdapat juga segelintir masyarakat lebih suka mendengar serta mendapat maklumat daripada orang lain tanpa membaca. Sebagai contoh melalui radio dan cerita dari rakan-rakan sekerja.....

....sekadar bicara...

rujukan : utusan online,,,

No comments:

Post a Comment